Jumlah positif koronavirus di M'sia cecah 4 ribu


SATU
lagi kematian akibat jangkitan koronavirus (Covid-19) dilaporkan pada Selasa menjadikan jumlah korban keseluruhan  wabak itu di Malaysia setakat ini sebanyak 63.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya memaklumkan, kematian terbaru itu melibatkan seorang lelaki Malaysia berumur 71 tahun.

Mangsa jelasnya yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Sulawesi, Indonesia.

Sementara itu tambah Dr Noor Hisham, terdapat 170 kes baru dilaporkan pada selasa menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 3,963.

Dalam tempoh serupa katanya, sebanyak 80 pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh dari jangkitan wabak itu ialah 1,321, iaitu 33.3 peratus daripada jumlah kes keseluruhan.

170 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 50 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Post a Comment

0 Comments