Jumlah kematian Covid-19 kini genap 100 kes


MALAYSIA mencatatkan angka harian baru positif koronavirus (Covid-19) terendah sejak 12 Mac.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa daripada 31 kes hari ini yang 10 merupakan kes import dan 21 merupakan jangkitan tempatan.

Ini menjadikan jumlah jangkitan yang direkodkan di Malaysia ialah sebanyak 5,851 kes.

Dr Noor Hisham sementara itu turut memaklumkan bahawa satu lagi kematian akibat Covid-19 turut dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Ia melibatkan lelaki warganegara Malaysia (kes ke-3628) berumur 67 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

Pesakit itu sebelum ini dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 4 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 28 April jam 9.40 pagi.

Dengan kematian itu, angka korban akibat wabak itu di negara ini genap 100 orang.

Mengambil kira 4,032 atau 68.9 peratus yang telah sembuh termasuk 75 lagi hari ini, jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ketika ini ialah 1,719 kes.

Daripada jumlah itu, seramai 36 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 17 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

 

Post a Comment

0 Comments