LIMA kematian akibat koronavirus (Covid-19) diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.
Perkembangan terbaharu itu menyaksikan angka keseluruhan mangsa yang terkorban akibat wabak itu meningkat kepada 82 orang.
Berikut adalah lima kematian yang dilaporkan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini:
Lelaki dewasa tanpa identiti diri (pesakit 4,532) dipercayai bukan warga Malaysia yang ditemui mati di Kota Kinabalu, Sabah pada 6 April 2020, keputusan ujian sampel diambil didapati positif pada 11 April 2020. Kes ini di bawah siasatan polis.
Lelaki warga Malaysia berumur 65 tahun (Pesakit 2,052) yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 27 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 5.17 pagi menjadi mangsa ke-79.
Pesakit 4,818 warga Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit jantung dan penyakit buah pinggang dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 7 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.36 malam, 12 April.
Perempuan warga Malaysia berumur 74 tahun (Pesakit 4,521) yang mempunyai latar belakang penyakit buah pinggang dan mempunyai sejarah kontak rapat pesakit 4088 yang telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling.
Mangsa ke-81 ini dilapor telah dirawat di Hospital Melaka pada 9 April dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.20 petang, 13 April.
Sementara lelaki warga Malaysia berumur 81 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis menjadi mangsa ke-82.
Mangsa mempunyai sejarah kontak rapat kes positif Covid-19, iaitu kes ke-343 yang telah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling, dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 26 Mac dan disahkan meninggal dunia pada jam 11.50 pagi, hari ini.
Dalam sidang media serupa, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 170 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini menjadikan jumlah komulatif positif 4,987.
Manakala sebanyak 202 kes sembuh baru hari ini, menjadikan bilangan pesakit yang sembuh adalah seramai 2,478 orang.
Jumlah itu mewakili 49.7 peratus, iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia.
Setakat kini tambah Dr Noor Hisham, 2,427 masih dirawat dengan 60 berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 33 kes memerluan bantuan pernafasan.

0 Comments