Derma PPE jika nak bantu lawan Covid-19


PELBAGAI pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) disaran untuk menderma peralatan perlindungan peribadi (PPE) bagi kegunaan petugas barisan hadapan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata bekalan PPE itu yang digunakan bagi melindungi petugas barisan hadapan yang sedang menangani wabak koronavirus (Covid-19) masih diperlukan.

Ia tegasnya merupakan antara peralatan pakai buang yang digunakan setiap hari.

“Penggunaan PPE meningkat daripada 2 hingga 10 kali ganda berbanding dengan keadaan normal.

“Apa yang penting ialah kita kena berterusan untuk mendapatkan PPE daripada perolehan. Setakat ini, PPE ada, sekurang-kurangnya 2 minggu kita boleh bertahan,” katanya dalam satu sidang media.

Dr Noor Hisham sebelumnya menjawab isu bekalan PPE yang masih kekurangan sehingga ia terpaksa dijahit sendiri oleh petugas KKM.

Sementara itu beliau menjelaskan KKM mempunyai sistem pemeriksaan stok PPE di negeri dan hospital di seluruh negara.

Perolehan PPE menurutnya adalah melalui 3 kaedah, iaitu secara pukal dari negeri dan pusat, perolehan di peringkat negeri dan secara derma daripada NGO. PPE tersebut tambahnya akan diaturkan pengagihanya kepada setiap negeri dan hospital.

"NGO kalau nak derma, dermalah PPE kat kita (KKM). Kita masih terima PPE,” katanya.
 

Post a Comment

0 Comments