AKTOR Star Wars, Andrew Jack menjadi salah seorang mangsa terbaru wabak koronavirus (Covid-19).
Aktor itu yang membawa watak General Ematt menerusi filem terkenal itu meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat komplikasi dari jangkitan tersebut.
Sepanjang kariernya, mendiang pernah membintangi beberapa siri dalam filem itu termasuk "Star Wars: Episode VIII – The Last Jedi", "Solo: A Star Wars Story" dan "Star Wars: Episode VII – The Force Awakens".
Kematian Jack diumumkan agennya, Jill McCullough, hari ini.
Selain aktor, Jack juga merupakan jurulatih dialek yang pernah bekerja dengan ramai selebriti carta atasan Hollywood,
Antara pelakon yang yang pernah menjalani latihan dialek bersamanya ialah Robert Downey Jr dan Chris Hemsworth.
Sementara itu menurut Jill, Jack tidak berpeluang bertemu isterinya, Gabriella Rogers, kerana wanita itu sedang dikuarantin di Australia.
“Dia tak berpeluang untuk melihat isterinya yang sangat dikasihi kerana wanita itu terpaksa menjalani kuarantin di Australia.
“Gabriella baru saja diterbangkan dari New Zealand minggu lalu,” katanya seperti dipetik BBC.
Gabriella sementara itu menerusi entri di laman Instagram mengesahkan bahawa Jack telah disahkan positif COVID-19 sejak dua hari lalu.
Sementara itu, seorang lagi pelakon Star Wars, Greg Grunbers, berkata dia berdukacita sebaik dimaklumkan dengan kematian Jack yang disifatkannya sebagai seorang lelaki yang sangat mengagumkan, berbakat dan disayangi ramai.
Sebelum ini, Mark Blum, 69, yang pernah membintangi filem "Desperately Seeking Susan", “Crocodile Dundee” dan terbaharu siri TV "YOU", meninggal dunia di Hospital New York Presbyterian selepas didiagnosis dijangkiti virus sama
0 Comments