Anwar doa Bersatu 'bersatu' semula


PRESIDEN
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kemungkinan berlaku 'kebiasaan baru' di Dewan Rakyat apabila ia kembali bersidang nanti.

Memetik laporan Malaysiakini, Anwar berkata, kemungkinan rakyat akan menyaksikan Ahli Parlimen dari Bersatu akan duduk di kedua-dua blok iaitu pembangkang dan kerajaan.

Andaiaan itu dibuat selepas kenyataan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini bahawa beliau akan duduk di blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei ini.

"Ini satu 'new normal'. Perdana menteri (daripada) Bersatu dan Dr Mahathir, yang bukan (sebahagian daripada) HARAPAN tapi duduk di blok pembangkang, juga daripada Bersatu.

"Sudah jadi berdua sekarang," selorohnya.

Anwar berkata demikian ketika mengulas seorang pengguna Facebook yang membangkitkan perkara itu, ketika siaran langsung di laman sosial itu hari ini
 
Bersatu, yang ditubuhkan untuk menjatuhkan pentadbiran Umno-BN sebelum ini dilihat berpecah apabila Muhyiddin membawa parti itu keluar daripada HARAPAN bagi menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

Manakala Mahathir dan beberapa anggota parlimen parti itu membantah langkah dilakukan Muhyiddin itu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata bergantung kepada Bersatu untuk menyelesaikan isu dalaman dalam parti mereka.

"Terserah kepada mereka...Sama ada parti ini dapat menyelesaikan perpecahan yang agak ketara.

"Dulu (orang) kata KEADILAN berpecah, tetapi KEADILAN masih satu blok, besar dan kuat. Mudah-mudahan mereka (Bersatu) pun begitu," katanya lagi.
 

Post a Comment

0 Comments