KAKITANGAN UDA Holdings Berhad (UDA) diarah bekerja dari rumah bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak
Bagaimanapun, arahan itu difahamkan hanya berkuatkuasa bagi mereka yang bertugas di Blok Menara, Kompleks Pertama.
UDA dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan itu diambil selepas seorang daripada Ahli Lembaga Pengarahnya disahkan positif koronavirus (Covid -19) seperti dimaklumkan sebelum ini.
"Berikutan kes itu juga UDA telah mengambil langkah proaktif dengan melakukan pembersihan serta kerja-kerja nyah kuman di kawasan pejabat berkenaan.
"Semua kakitangan di ibu pejabat telah dibenarkan pulang awal petang semalam bagi memudahkan kerja pembersihan itu,” kata kenyataan itu.
Dalam usaha meningkatkan kawalan keselamatan dan tahap kesihatan, UDA turut mengehadkan aliran keluar masuk ibu pejabat mereka.
Saringan kesihatan dan pemeriksaan suhu di lobi bangunan turut dijalankan.
“Pihak pengurusan juga memberikan penutup muka dan hidung (mask) serta pembasmi kuman tangan kepada pelawat dan kakitangan sebagai langkah berjaga-jaga,” menurut kenyataan itu.
0 Comments