Pemandu maut terbabas atas jambatan Pulau Pinang


SEORANG
lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Prai, pagi semalam.

Menurut jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO), sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai digerakkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.55 pagi tadi.

Keadaan kereta dipandu mangsa
Tambahnya, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi di tepi jambatan tersebut.

“Ketika tiba di lokasi, didapati kemalangan itu membabitkan kereta jenis Volkswagen yang dipercayai terbabas lalu merempuh pembahagi jalan.

“Mangsa yang juga pemandu kereta terbabit dikenal pasti sebagai Lim Yen Tat berusia, 26 tahun,” katanya kepada media, di sini hari ini.

Mayat mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira sejam kemudian dan  dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat.