MYA RUSLEE, penyanyi yang pernah terkenal dengan lagu Matahari dilapor meninggal dunia pada Rabu.
Memetik laporan Awani, Mya Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya dikalangan peminatnya meninggal akibat penyakit barah.
Mya Ruslee atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee yang berusia 44 tahun difahamkan sebelum ini membuat permintaan supaya penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan masyarakat.
Sementara itu, rakan mangsa, Haiza dipetik satu portal lain mengakui tahu Mya menghidap kanser dan menjalani rawatan di China.
“Dia tak banyak berkongsi mengenai penyakitnya. Yang saya tahu, dia menghidap kanser sejak dia menyertai Gegar Vaganza musim kelima lagi pada 2018 dan baru saja pulang dari China selepas menjalani rawatan di sana.
“Kali terakhir saya bertemu dengan arwah adalah ketika dia dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur di Bangsar pada penghujung tahun lalu dan sejak itu, selalu berhubung menerusi telefon,” katanya.
Mya sebelum ini ada membuat kemunculan semula apabila menyertai program Gegar Vaganza.
0 Comments