Pesakit berusia 103 tahun berjaya pulih


SEORANG wanita berusia 103 tahun yang sebelum ini dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) dilapor berjaya pulih daripada penyakit itu.

Rektor Universiti Sains Perubatan Semnan di Iran, Nevid Danayi menurut laporan agensi berita Anadolu berkata, wanita itu dibenarkan keluar hospital selepas disahkan pulih sepenuhnya.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut identiti mangsa itu didedahkan.

Difahamkan, pesakit itu merupakan warga tertua kedua yang sembuh daripada Covid-19.

Pada minggu lalu, pihak berkuasa China mendedahkan seorang individu juga berusia 103 tahun dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan selama enam hari.

Di seluruh dunia, lebih 198,500 kes disahkan, jumlah kematian pula mencecah lebih 7,900 orang manakala lebih 82,500 pesakit pulih

Post a Comment

0 Comments