Ibu Presiden Indonesia tutup usia


IBU
kepada Presiden Indonesia, Sudjiatmi Notomiharjo, meninggal dunia di Rumah Sakit (hospital) Slamet Riyad, SoloSolo, Jawa Tengah petang semalam. 

Berita kematian Allahyarhamah Sudjiatmi, 77, itu disahkan beberapa menteri kabinet republik itu kepada media tempatan.

Memetik laporan media, Jenazah dijadual untuk dikebumikan di Pemakaman Keluarga Mundu, Selokaton, Gondangrejo, Karanganyar, tengah hari ini.

Jokowi dalam kenyataan media di Solo berkata, ibunya meninggal dunia disebabkan sakit kanser tekak yang dideritai sejak empat tahun lepas.

"Rencana pemakaman insya-Allah esok (Khamis) jam 1 tengah hari di pemakaman di Mundu, Selokaton, Gondangrejo, Karanganyar," kata Jokowi.

Sementara itu, Ketua Polis Jawa Tengah, Rycko Amelza Dahniel meminta supaya orang ramai tidak menziarahi jenazah di kediaman Allahyarham atau menghadiri majlis pengebumian esok susulan perintah sekatan ekoran pedemik koronavirus (Covid-19).

Sebagai rekod, Allahyarhamah Sudjiatmi dilahirkan pada 15 Feb 1943 di Surakarta.

Post a Comment

0 Comments