LELAKI yang memperlekeh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui satu video 'kari kepala kaming' baru-baru ini mengaku bersalah.
Tertuduh, Mohd Naim Md Isa, 49,membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Juraidah Abbas di Mahkamah Sesyen Alor Setar siang tadi.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Naim didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 12.30 tengah hari pada 19 Mac hingga jam 2 petang pada 20 Mac lalu melalui aplikasi WhatsApp di telefon miliknya.
Mohd Naim didakwa memperlekeh arahan itu dengan komunikasi jelik 'kuarantin kepala bapak' sebanyak dua kali di dalam video berdurasi 57 saat dengan niat untuk menganiayai orang lain di satu majlis kenduri di sebuah kampung di Langgar.
Dia yang direman selama empat hari bermula 21 hingga 24 Mac untuk membantu siasatan berhubung video tular
Dia dituduh mengikut Seksyen 233 ( 1 ) ( a ) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ( Akta 588 ] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 ( 3 ) akta yang sama.
Hakim Junaidah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dan sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 11 Mei depan.
Jika sabit kesalahan, Mohd Naim boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
0 Comments