SERAMAI 107 rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari Wuhan yang ditempatkan di Pusat Pemantauan di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) Nilai, Negeri Sembilan dibenarkan pulang pada Selasa.
Kebenaran itu diberi setelah ujian pengesanan kali kedua dibuat terhadap kesemua mereka mendapati negatif koronavirus (COVID-19).
”Kementerian Kesihatan memaklumkan, 107 rakyat Malaysia dan ahli keluarga dari Wuhan, China pada 4 Februari lalu akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
“Ia setelah tempoh pengawasan tamat di (AKEPT), sampel ulangan 107 rakyat Malaysia itu telah disahkan negatif,” kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media di Putrajaya semalam.
Jelas Dzulkefly, turut dibenar pulang ialahk anak-kanak lelaki dan ayahnya yang sebelum ini positif koronavirus dan telah pulih sepenuhnya selepas menerima rawatan.
“Kes tersebut kes 11 dan 12, iaitu kes seorang kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun dan ayahnya berumur 45 tahun.
“Mereka telah menerima rawatan di wad dan menjalani ujian pengesanan dua kali berturut-turut dan ianya negatif,” katanya lagi.
Sehingga kini, jumlah kumulatif berkaitan wabak itu kekal 22 kes, 9 kes daripadanya masih dirawat di wad, manakala 13 telah sembuh sepenuhnya.

0 Comments