Polis tahan lelaki 'kurang ajar' pijak al-Quran


PIHAK berkuasa telah sering kali mengingatkan orang ramai supaya tidak menghina atau membangkitkan kemarahan awam berhubung isu agama atau kaum.

Namun kedegilan seorang individu yang mempermainkan agama dengan memijak al-Quran dan membuat rakaman suara menghina Islam serta menyiarkannya secara langsung di Facebook pada Khamis lalu menerima padah.

Dia bukan sahaja dipukul, malah kini ditahan pihak berkuasa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Asisten Komisioner M Kumar berkata, lelaki itu ditahan 1.40 tengah semalam.

“Esok kita akan memohon perintah reman ke atas suspek daripada Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi membantu siasatan lanjut kes ini, ” katanya dipetik satu laporan polis.

Terdahulu, satu video ditularkan di laman sosial memaparkan suspek  dipukul orang beberapa individu yang marah dengan perbuatannya itu.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata polis menerima aduan daripada seorang pengurus projek berusia 34 tahun mengenai insiden itu yang disedarinya ketika sedang melayari Facebook.

“Pengurus projek itu sedang melayari Facebook sebelum ternampak satu posting daripada kenalannya bernama Jen KL.

“Posting berkenaan memaparkan suspek dengan sengaja memijak al-Quran di atas katil, malah suspek juga membuat rakaman suara yang menghina Islam.

“Pengadu kemudian membuat laporan polis pada jam 2.56 petang Khamis lalu,” katanya.

Dzulkhairi berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 295 dan 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Bagi hukuman mengikut Seksyen 295, ia membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Seksyen 298 pula boleh dipenjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, manakala mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, pula membawa hukuman penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Dzuljhairi sekali lagi  orang awam untuk berhati-hati menyebarkan video atau memuat naik video yang boleh menyentuh sensitiviti kaum terutama sekali membabitkan isu keagamaan.

Post a Comment

0 Comments