Ramai kakitangan hospital dijangkiti koronavirus


MEDIA
melaporkan sekurang-kurangnya 500 kakitangan hospital di Wuhan, China sah dijangkiti novel koronavirus pada pertengahan Januari lalu.

Kebanyakannya adalah kakitangan di Hospital Wuhan Xiehe dan Hospital Renmin iaitu masing-masing mencatatkan 100 kes dan 50 kes di Hospital Wuhan Nombor 1 serta Hospital Zhongnan.

Memetik laporan South China Morning Post, walaupun pihak berkuasa ada melaporkan jangkitan yang berlaku dalam kalangan kakitangan hospital namun tidak secara keseluruhan.

Bahkan, para doktor dan jururawat diminta supaya tidak menguar-uarkan perkara tersebut kepada masyarakat umum.

Walaupun tujuan arahan itu tidak dinyatakan, namun ia dipercayai bagi memastikan moral kakitangan kesihatan tidak terjejas.

Seorang doktor yang tidak mahu dinamakan di hospital utama di Wuhan memberitahu, ramai kakitangannya sedih apabila melihat Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) rakan-rakan yang dijangkiti novel koronavirus.

Atas sebab tersebut,mereka merayu sumbangan derma barangan keperluan perubatan terutamanya sut bahan berbahaya (Hazmat).

"Terlalu ramai rakan kami yang jatuh sakit kerana tiada perlindungan sepenuhnya," katanya.

Sementara itu, Pakar Epidemiologi yang juga Penasihat Perubatan Kerajaan China, Zhong Nansha meramalkan penularan wabak itu di China akan berakhir pada April.

Zhong Nansha
Menurut Nanshan, perkara itu adalah hasil penilaian terbaharu mengenai virus yang sudah merebak ke seluruh dunia itu.

“Jumlah kes jangkitan baharu semakin turun secara perlahan-lahan. Bagaimanapun, wabaknya dijangka mencapai kemuncak pada pertengahan atau akhir Februari ini," katanya.

Post a Comment

0 Comments