Palestin putus hubungan dengan Israel dan AS


SELEPAS
menarik diri dari Perjanjian Oslo 1995 yang ditandatangani bersama negara haram Israel, Palestin kini memutuskan semua ikatan dengan negara itu.

presiden Palestin, Mahmoud Abbas turut mengumumkan memutus apa-apa hubungan dengan sekutu Israel, Amerika Syarikat (AS), termasuk kerjasama keselamatan.

Bercakap pada mesyuarat tergempar Liga Arab di Kaherah, Mahmoud Abbas berkata, pelan damai yang dinyatakan Presiden AS, Donald Trump, pada Selasa lalu “adalah pencabulan terhadap pemberian autonomi” yang dilancarkan di Oslo oleh Israel dan Palestin pada 1993.

“Israel perlu bertanggungjawab selaku negara yang menceroboh wilayah Palestin,” tegas Abbas pada mesyuarat itu.

Penentangan Palestin terhadap pentadbiran Trump memuncak minggu lalu apabila proksi Israel itu cuba membawakan pelan damai terbaharu yang digelar "perjanjian abad ini"


Bagaimanapun perjanjian itu ditolak Palestin kerana berat sebelah dengan sekiranya dipersetujui akan menjadikan pencerobohan sementara Israel sebagai pendudukan kekal

Menerusi pelan itu juga, Israel kekal menguasai Baitulmaqdis sebagai 'ibu negara' dan menambah penempatan di tanah milik Palestin.

Trump berkata, penduduk Palestin akan dibenar untuk mengiktiraf ibu kota dalam lingkungan timur Baitulmaqdis.

Berang dengan rancangan Trump, Pemimpin Palestin menolak pelan damai berkenaan dan menganggapnya "layak dicampak sebagai sampah sejarah.

Post a Comment

0 Comments