Kerajaan belum bincang laksana penyasaran subsidi RON95 - PM Anwar

ISU elaksanaan penyasaran subsidi membabitkan bahan api RON95 tidak berbangkit ketika ini, tegas perdana menteri.
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada media selepas merasmikan Persidangan Percukaian Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Isnin menegaskan, ketika ini kerajaan mengutamakan pemahaman orang ramai mengenai   rasionalisasi subsidi diesel.

 "Perkara itu belum dibincangkan. Kita akan uruskan isu diesel dahulu, beri kefahaman betul, sebab kadang-kadang (ia) dipusingkan.

"Saya beritahu, kalau betul-betul ada masalah dengan diesel beritahu (kerajaan), (kita) tidak mahu bebankan rakyat. Tetapi kalau tak buat, hasil tak bertambah, hutang bertambah," katanya.

Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 bagi setiap liter iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 12.01 tengah malam 10 Jun lalu.
 
Penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar, dapat memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara untuk jangka masa panjang.

Anwar berkata, pelaksanaan rasionalisasi subsidi  adalah antara usaha dan inisiatif komprehensif dilakukan kerajaan untuk merangkumi spektrum lebih meluas bagi membantu mengurangkan pinjaman tahunan kerajaa.

Selain itu pelbagai langkah sedang diambil kerajaan untuk meningkatkan hasil termasuk perbelanjaan berhemat dan peminjaman untuk tujuan pembangunan.
 

Post a Comment

0 Comments