Lelaki melecur ketika cuba padam kebakaran


SEORANG
lelaki melecur ketika cuba memadam kebakaran sebuah lori di Kampung Banggol Berangan di Kulim, hari ini.

Mangsa, Mohd Shukri Abdul Manaf, 36, melecur dari betis hingga tapak kedua-dua kakinya dalam kejadian pada 8.50 pagi itu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada 9 pagi.

Katanya, seramai enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Lunas ke lokasi dan mangsa didapati melecur ketika cuba memadam kebakaran lori yang diletakkan di hadapan sebuah rumah.

“Berikutan itu, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) melakukan rawatan awal kepada mangsa sebelum dirujuk ke hospital,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu Ehsan berkata, kenderaan itu musnah hampir keseluruhannya, manakalanya jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Post a Comment

0 Comments