Husam dakwa tindakan Tun M langkah terdesak


NAIB Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Husam Musa menyifatkan tindakan perdana menteri sementara, Tun Dr Mahathir Mohammad membuat pengumuman memanggil sidang tergempar Dewan Rakyat pada 2 Mac depan sebagai tindakan terdesak.

Ketika ditemui media sebaik mesyuarat tergempar Pakatan Harapan (HARAPAN) di Kuala Lumpur malam tadi, Husam bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut pandangannya itu.

Tegas Husam, tindakan Dr Mahathir membuat pengumuman tersebut adalah melangkaui kuasa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Dr mahathir nampak terdesak.. kerana mendahulukan pendapat beliau yang mungkin dari segi peraturan undang-undang tidak tepat.

"Kita berharap rakyat boleh menunggu keputusan Yang di-Pertuan Agong  dahulu," tegasnya.

Malam tadi, Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN)turut mengeluarkan kenyataan serupa yang mengkritik tindakan Dr Mahathir melangkaui kuasa Aging dalam menangani krisis politik negara.

Sementara itu, Husam turut menegaskan bahawa HARAPAN tetap berpegang kepada keputusan kolektif sebelum ini bagi memastikan perpaduan rakyat Malaysia kekal terpelihara.

"Kalau kita berpecah, rakyat akan jadi tak menentu. 

Sebagai rekod, Dr Mahathir sebelum ini telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu atas alasan kecewa setelah namanya digunakan pihak tertentu untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang tidak direstui.

Semalam, bekas Pengerusi Pakatan Harapan itu kembali menerima jawatan pengerusi Bersatu setelah dipujuk dan membuat kenyataan memanggil sidang Dewan Rakyat bagi menentukan Perdana Menteri.

Desas-desus menyebut, idea kerajaan campuran tidak lagi diguna pakai setelah parti itu didakwa mahu mengangkat Presiden Bersatu, Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri.
 

Post a Comment

0 Comments