Amanah tetap pegang pemuafakatan HARAPAN


PENGARAH
Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan bahawa parti itu masih berpegang kepada pemuafakatan yang telah dibuat bersama dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini.

Menteri Kesihatan itu erkata adalah wajar untuk rakyat menantikan titah dan keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk sebarang keputusan mengenai desas-desus pembentukan kuasa politik baharu negara.

"Kita masih kerajaan dan apapun (sebarang keputusan) kita wajar nantikan titah dan keputusan oleh Yang di-Pertuan Agong. Kita masih lagi menjalankan tugas-tugas,  tidak ada apa perubahan.

"Yang pentingnya kita berpegang dan bersandarkan kepada keputusan yang dibuat bersama dalam Majlis President Pakatan Harapan (HARAPAN)," katanya kepada media.

Dzulkefly selepas melancarkan Seminar dan Kempen Kesedaran Pengurusan Kelesuan Peringkat Kebangsaan Untuk Anggota Kesihatan, di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar yang turut hadir pada seminar itu senada dengan Dzulkefly.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia yang turut menjelaskan bahawa parti itu tidak dijemput untuk menyertai pertemuan bersama Bersatu, PAS dan UMNO yang didakwa untuk membincangkan aturan pembentukan kerajaan pintu belakang.

Post a Comment

0 Comments