Warisan lawan BN, Karim Bujang yakin menang


PILIHAN
Raya Kecil (PRK) Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Warisan, Karim Bujang dan calon BN Mohamad Alamin.

Pegawai Pengurus PRK Kimanis Jupari@Jupry Etok mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pencalonan daripada kedua-dua calon.

Tiada calon bebas hadir di pusat penamaan calon di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir, Beaufort sehingga proses penyerahan borang pencalonan ditutup pada jam 10 pagi.

PRK parlimen Kimanis diadakan selepas  Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu membatalkan kemenangan Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Ia selepas mahkamah mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Sementara itu, Calon Warisan, Karim Bujang berkata beliau yakin akan memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kimanis yang dijadual pada 18 Jan.

"Saya fikir peluang untuk Warisan adalah baik," katanya kepada media selepas  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pencalonannya secara rasmi pada penamaan calon hari ini.

"Perasaan saya adalah kita akan menang tapi sekali lagi kita tidak boleh mengambil mudah dan kita tidak boleh terlalu berpuas hati," kata bakas Adun Bongawan selama lima penggal itu.

Post a Comment

0 Comments