PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) tidak memerlukan PAS sebagai rakan sekutu yang baharu.
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sekiranya wujud idea atau percubaan untuk memasukkan PAS dalam HARAPAN, ia mesti berasaskan prinsip konsensus rakan-rakan pakatan itu sendiri.
“Jadi saya tengok ia kekal sebagai satu khabar politik biasa tapi saya tak nampak sebab dan alasan untuk HARAPAN menerima keanggotaan baharu,” katanya.
Saifuddin sebelumnya ditanya mengenai desas-desus wujud gerakan pihak tertentu untuk membawa PAS berganding dengan HARAPAN.
Desas-Desus itu susulan penularan gambar Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad makan malam bersama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
Sebelum ini, satu lagi pemimpin HARAPAN menolak sebarang gerakan atau cadangan untuk membawa masuk PAS menyertai kerajaan kononnya untuk menarik sokongan rakyat kepada HARAPAN.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub seperti dilapor media berkata, tiada keperluan ketika ini untuk ‘menyerap’ parti itu ke dalam Putrajaya atau negeri dikuasai HARAPAN atas alasan pengaruh parti itu mampu memberi kelebihan kepada kerajaan.
PAS setia pada Umno
Sebagai rekod, Pada 2015, PAS telah memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP dan kini Muktamar PAS ke-63 yang sedang bersidang di Alor Setar, secara sebulat suara pula meluluskan usul memutuskan kerjasama politik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membawa kepada pembubaran gabungan Pakatan Rakyat ketika itu.
Pada 14 September lalu, PAS menjalin kerjasama politik baharu dengan Umno setelah memeterai perjanjian Muafakat Nasional.
Dalam satu forum berhubung masa depan Pas bersama Barisan Nasional dan Muafakat Nasional anjuran Karangkraf di Shah Alam pada 3 Disember lalu, Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa "Kita (PAS) tak akan keluar BN dan Muafakat Nasional."

0 Comments