SEBAGAI sebahagian usaha menangani isu bekalan makanan yang diperkata ramai kebelakangan ini, kerajaan negeri Pulau Pinang menyatakan kesedian bagi mempertimbangkan permohonan daripada mana-mana pihak untuk mengusahakan tanaman jagung sebagai alternatif makanan ayam.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow, berkata pihaknya menggalakkan petani menceburi tanaman jagung itu dalam skala kecil di tanah lesen pendudukan sementara (TOL) di negeri itu memandangkan kebanyakannya ketika ini hanya untuk penanaman buah-buahan.
“Penanaman bijirin atau jagung untuk makanan ayam berskala besar tidak sesuai di Pulau Pinang yang mempunyai keluasan tanah yang kecil dan setakat ini hanya penanaman padi dalam skala besar sahaja dijalankan iaitu di kawasan Seberang Perai Utara.
“Tanah TOL juga sebenarnya pegangannya perlu diperbaharui setiap tahun (satu tahun) dan ia tidak sesuai untuk tanaman jangka panjang.
“Keluasan tanah TOL juga cuma sekitar 10,000 kaki persegi dan terdapat plot-plot kecil untuk individu sekitar 2,000 hingga 5,000 kaki persegi yang kerap dimohon untuk aktiviti pertanian,” katanya.
Beliau sebelumnya diminta mengulas laporan akhbar mengenai Kabinet meminta kerjasama kerajaan negeri, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyediakan tanah TOL untuk penanaman jagung, bagi jangka masa panjang.
Sementara itu jelasnya, Pulau Pinang ketika ini amat menggalakkan aktiviti pertanian dan penternakan.
Malah negeri itu merupakan antara negeri yang mempunyai tahap kemampuan tinggi untuk berdikari dalam bidang antaranya penternakan dan perikanan dalam sangkar.
"Hasil laut Pulau Pinang dieksport ke negeri lain antara penyumbang terbesar kepada sektor ekonomi, malah hasil padi juga antara tertinggi disumbangkan kepada ekonomi negeri," menurutnya lagi.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow, berkata pihaknya menggalakkan petani menceburi tanaman jagung itu dalam skala kecil di tanah lesen pendudukan sementara (TOL) di negeri itu memandangkan kebanyakannya ketika ini hanya untuk penanaman buah-buahan.
“Penanaman bijirin atau jagung untuk makanan ayam berskala besar tidak sesuai di Pulau Pinang yang mempunyai keluasan tanah yang kecil dan setakat ini hanya penanaman padi dalam skala besar sahaja dijalankan iaitu di kawasan Seberang Perai Utara.
“Tanah TOL juga sebenarnya pegangannya perlu diperbaharui setiap tahun (satu tahun) dan ia tidak sesuai untuk tanaman jangka panjang.
“Keluasan tanah TOL juga cuma sekitar 10,000 kaki persegi dan terdapat plot-plot kecil untuk individu sekitar 2,000 hingga 5,000 kaki persegi yang kerap dimohon untuk aktiviti pertanian,” katanya.
Beliau sebelumnya diminta mengulas laporan akhbar mengenai Kabinet meminta kerjasama kerajaan negeri, agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menyediakan tanah TOL untuk penanaman jagung, bagi jangka masa panjang.
Sementara itu jelasnya, Pulau Pinang ketika ini amat menggalakkan aktiviti pertanian dan penternakan.
P.Pinang pertimbang permohonan tanam jagung |

0 Comments