PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa tiada sebarang kerjasama akan dijalankan dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Dipetik laporan Sinar, Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkata walaupun pernah ada pertemuan dilakukan HARAPAN bersama PN berhubung PRU akan datang, namun tiada sebarang keputusan dicapai sama ada mereka bakal menjalin kerjasama.
Mengulas lanjut perkara itu, Anwar menegaskan bahawa HARAPAN tidak pernah bersetuju untuk bekerjasama dengan gabungan diketuai Mahiaddin Md Yassin itu, malah tiada pemimpin dalam HARAPAN menyambut cadangan dibuat Ahli Parlimen Pagoh itu.
“Jadi jangan cakap dan beri gambaran bahawa HARAPAN sudah bersetuju untuk bekerjasama dengan PN bagi menghadapi PRU15 nanti,” kata Anwar, menurut laporan itu.
Anwar sebelum itu diminta mengulas mengenai wujudnya kebimbangan dalam kalangan pemimpin HARAPAN bahawa pengundi bukan Melayu akan beralih sokongan atau memboikot PRU15 jika cadangan kerjasama PH-PN menjadi kenyataan.
Menjawab isu yang dibangkitkan itu, Anwar mengulangi pendiriannya sebelum ini bagi memperkukuh dan memperkuat jentera parti dalam gabungan itu bagi menghadapi PRU akan datang.
“Jadi kenapa kita mahu riuh rendah? Keputusan HARAPAN sebelum ini adalah kita mahu kuatkan jentera parti masing-masing dan HARAPAN.
“Kalau boleh, kita mahu mengadakan program jelajah seluruh negara semula. Jadi kita jangan biarkan kenyataan Muhyiddin mempengaruhi kita melainkan kita sambut cadangannya,” kata Presiden KEADILAN itu.
Dipetik laporan Sinar, Ketua Pembangkang di Parlimen itu berkata walaupun pernah ada pertemuan dilakukan HARAPAN bersama PN berhubung PRU akan datang, namun tiada sebarang keputusan dicapai sama ada mereka bakal menjalin kerjasama.
Mengulas lanjut perkara itu, Anwar menegaskan bahawa HARAPAN tidak pernah bersetuju untuk bekerjasama dengan gabungan diketuai Mahiaddin Md Yassin itu, malah tiada pemimpin dalam HARAPAN menyambut cadangan dibuat Ahli Parlimen Pagoh itu.
“Jadi jangan cakap dan beri gambaran bahawa HARAPAN sudah bersetuju untuk bekerjasama dengan PN bagi menghadapi PRU15 nanti,” kata Anwar, menurut laporan itu.
Anwar sebelum itu diminta mengulas mengenai wujudnya kebimbangan dalam kalangan pemimpin HARAPAN bahawa pengundi bukan Melayu akan beralih sokongan atau memboikot PRU15 jika cadangan kerjasama PH-PN menjadi kenyataan.
Menjawab isu yang dibangkitkan itu, Anwar mengulangi pendiriannya sebelum ini bagi memperkukuh dan memperkuat jentera parti dalam gabungan itu bagi menghadapi PRU akan datang.
HARAPAN fokus kukuhkan jentera parti gabungan |

0 Comments