PROTON X70 dinamakan sebagai Kereta Terbaik Keseluruhan 2019 dalam pengiktirafan berprestij di Anugerah Kereta Tahunan Malaysia ke-18 hari ini.
Kenderaaan utiliti sukan (SUV) dalam segmen C itu yang dilancarkan pada Disember 2018 turut menggondol pengiktirafan dalam kategori SUV 5 tempat duduk/sederhana sekaligus pertama kali Proton memenangi anugerah paling berprestij itu.
Manakala, model Proton Saga yang menerima peningkatan baru-baru ini pula dipilih sebagai pemenang anugerah Sedan Peringkat Permulaan dan Hatchback terbaik.
Ia menarik banyak perhatian sejak dilancarkan pada 6 Ogos lalu dan menjadi sedan segmen A yang paling laris di Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton (CEO), Dr Li Chunrong telah diberi penghormatan sebagai Individu Automotif tahun ini.
"Melalui pengiktirafan itu, Dr Li Chunrong menjadi CEO Proton ketiga yang menerima penghargaan tersebut," kata syarikat pengeluar kereta nasional itu hari ini.

0 Comments