Iran didakwa sebabkan pesawat Ukraine terhempas


IRAN didakwa bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Ukraine International Airlines yang membunuh  176 penumpang dan anak kapal pada Rabu lalu.

Kenyataan rasmi Britain, AS dan Kanada memberitahu sumber risikan mereka jelas mengaitkan Iran kemungkinan tersilap menembak jatuh pesawat malang berkenaan hingga meragut 176 nyawa penumpang dan anak kapal.

"Tidak menolak versi peluru berpandu itu, tetapi ia masih belum disahkan," kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy dalam laman Facebook.

Dakwaan itu dimaklumkan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo hari ini.

Sambil mengulangi permintaan Ukraine untuk menghantar semua maklumat yang diperlukan dan siasatan penuh di atas tragedi itu dijalankan, Zelensky berkata, perkara itu akan dibincangkan lanjut dengan Pompeo.

"Matlamat kita untuk mencari kebenaran. Nyawa manusia lebih bernilai daripada motif politik," tambahnya.

Terdahulu, pesawat Boeing 737-800 tersebut yang dalam perjalanan ke Kiev terhempas di kawasan Parand, sebuah bandar di daerah Robat Karim.

Agensi berita antarabangsa AFP dalam laporannya berkata, nahas ini berlaku beberapa jam sebelum Iran melancarkan serangan balas dendam terhadap dua pangkalan tentera yang menempatkan pasukan tentera Amerika Syarikat di Iraq.

Post a Comment

0 Comments