SEBUAH pesawat AirAsia yang dalam penerbangan dari Kolkara ke Mumbai terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Netaji Subhash Chandra Bosev pada Sabtu lalu.
Ia susulan tindakan seorang penumpang wanita mengancam untuk meletupkan pesawat itu.
Menurut laporan media India, Mohini Mondol, 25, yang juga merupakan penumpang penerbangan AirAsia I5316 menyerahkan nota kepada juruterbang melalui krew penerbangan, mendakwa dia diikat dengan bom di mana dia akan meletupkannya bila-bila masa.
Peristiwa mencemaskan itu berlaku kira-kira 40 minit selepas pesawat itu berlepas.
Susulan ugutan itu, Juruterbang pesawat mengisytiharkan kecemasan
Wanita itu kemudiannya ditahan selepas kapal terbang itu berjaya mendarat semula.
“Tiada bom yang diikat pada tubuhnya. Penyiasatan lanjut sedang dijalankan.
Dia belum lagi mendedahkan mengapa dia membuat ugutan bom, mengapa dia pergi ke Mumbai dan mengapa dia mahu penerbangan itu berpatah balik ke Kolkata,” kata pegawai lapangan terbang memetik Hindustan Times.