Penjualan air zamzam menurut ilmuan islam

 
KENYATAAN
tidak jelas kerajaan dalam isu larangan penjualan air zamzam baru-baru ini telah digunakan pihak tertentu menghentam kerajaan.

Di laman sosial, ada pihak mengambil kesempatan menanam persepsi tidak masuk akal dengan mendakwa kerajaan dikawal pemimpin kafir sehingga penjualan air yang dianggap suci dikalangan orang Islam itu tidak lagi dibenarkan di negara ini.

Tanpa membuat semakan bahawa larangan penjualan air zam-zam dibuat sendiri pemerintah Arab Saudi yang dianggap sebagai pemilik sumber mata air itu, mereka mempermainkan hukum semata-mata mahu melepas kebencian kepada kerajaan.

Terdahulu,  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan memberi amaran mengenai kesalahan menjual air zamzam dengan menyebut bahawa Arab Saudi sediri melarang penjualan air itu.

“Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zamzam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi.

“Sehubungan itu, penjualan air zamzam tidak dibenarkan di Malaysia,” kata KKM menerusi satu kenyataan di Facebook.

Malangnya isu tersebut terus dimanipulasi sehingga satu Mufti Perak Harussani Zakaria tampil membuat penjelasan mengenai hukum penjualan air tersebut.

Dalam satu laporan media, Harussani menegaskan penjualan air zamzam tidak dibenarkan mengikut hukum syarak.

“Kalau ikut hukum syarak, salah lah kalau sudah tidak dibenarkan ‘tuan empunya badan’ (pihak Arab Saudi).

"Islam tidak benarkan orang ambil barang tanpa kebenaran,” katanya ringkas dipetik Malaysia kini.

RM10 seliter, eksplotasi Islam


Di negara ini air yang didakwa 'zamzam' banyak dijual secara terbuka di premis-premis perniagaan.

Tanpa dapat disahkan mengenai ketulenan air-air tersebut, ia difahamkan dijual sehingga RM10 bagi seliter air.

Dalam larangannya, KKM juga menasihati pengguna tidak membeli pengguna membeli air yang dilebal sebagai zamzam dan dijual di pasaran tempatan itu kerana dikhuatiri tiruan.

Mufti Perlis,  Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan langkah mengharamkan penjuala air zamzam sebagai tindakan bijak kerana aktiviti penjualannya  dibimbangi boleh mengundang transaksi yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi nama Islam dan mengundang penipuan.

“Sampai ada yang mendakwa air yang mereka jual itu mempunyai nilai Ph yang sama dengan air zam zam.

“Sehingga ia (air itu) dijual berleluasa dan penjual mengaut keuntungan... jadi saya rasa kerajaan kena kawal perkara sebegini,” katanya.

Malah menurut Asri, sejak dulu jabatan agama Islam di negeri itu tidak membenarkan penjualan sebarang produk yang menggunakan nama Islam.

Post a Comment

0 Comments