IKON dalam bidang perkomputeran, Larry Tesler meninggal dunia pada usia 74 tahun.
Kurang dikenali, Tesler merupakan individu yang menghasilkan fungsi ‘cut’, ‘copy dan ‘paste’ pada komputer yang memudahkan urusan kerja ramai orang hari ini.
Tesler memulakan kerjaya di Silicon Valley pada awal 1960-an.
Beliau pernah bekerja di Xerox Palo Alto Research Center (PARC) sebelum Steve Jobs menyuntingnya untuk bekerja dengan Apple di mana dia bertugas selama 17 tahun sehingga dilantik sebagai ketua saintis.
“Pencipta ‘cut/copy & paste’ serta ‘find & replace’ iaitu Larry Tesler pernah bertugas sebagai penyelidik di Xerox.
“Kerja anda lebih mudah. Terima kasih kepada idea revolusi Tesler,” kata syarikat itu seperti dilapor BBC.
Selepas meninggalkan Apple, dia mengasaskan syarikat pemula dalam sektor pendidikan dan turut bekerja di Amazon serta Yahoo.
Dikhabarkan, fungsi ‘cut’ dan ‘paste’ pada komputer adalah berasaskan cara lama di mana pengguna menggunting atau memotong bahagian diperlukan dan menampalnya di tempat lain.
Arahan itu dimasukkan dalam perisian Apple melalui komputer Lisa pada 1983 dan Macintosh pada tahun berikutnya.
0 Comments