PEMUDA Amanah Pokok Sena memfailkan satu laporan polis terhadap individu menyamakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar dengan haiwan.
Ketuanya, Mohd Nabeel Asyraf Asmi berkata, pihaknya kesal dengan tindakan individu terbabit yang memuat naik status biadap di laman Facebook.
Tegasnya, tindakan memuat naik kenyataan tidak berasas tersebut menggambarkan politik tidak matang.
Difahamkan, paparan itu yang dimuat naik individu yang tidak dinamakan itu pada Sabtu dan dipercayai mempunyai agenda politik mempersenda pemimpin Amanah.
“Kami mahu individu tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Mahfuz serta menarik balik kenyataan itu dengan memadam paparan berkenaan,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar semalam.
Sementara itu Mohd Nabeel mengingatkan pengguna media sosial sepatutnya peka dan bertanggungjawab di atas kenyataan yang dibuat dengan memikirkan natijah perbuatan itu.
“Berpolitiklah secara matang dan tunjukkan akhlak yang baik berbanding menabur fitnah. Anak muda sepatutnya membawa pemikiran lebih baik sebagai pewaris negara.
Kalau bawa politik seperti ini ia bukan politik matang sebaliknya kebencian yang merosakkan negara dan pemikiran orang muda,” katanya sambil berkata, tindakan seperti itu turut mencemarkan nama baik agama Islam.

0 Comments