SYARIKAT penerbangan Malindo Air mengesahkan enam anak kapal mereka dikuarantin di Wilayah Zhengzhou, China sejak 24 Januari lalu
Syarikat penerbangan itu berkata, langkah kuarantin itu dilakukan selepas seorang penumpang dari Wilayah Hubei disyaki dijangkiti novel koronavirus menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou pada tarikh itu.
"Malindo Air ingin mengesahkan, enam krew telah dikuarantin sehingga 14 hari di Zhengzhou, China selepas penumpang daripada Hubei yang menaiki pesawat, dipercayai dijangkiti koronavirus," kata kenyataan Malindo Air.
Sementara itu, syarikat penerbangan itu turut menjelaskan, tindakan pro-aktif bakal terus diambil mereka dalam membendung penularan wabak itu.
Ia termasuk dengan menjalankan langkah saringan kesihatan terhadap penumpang semua destinasi terutama ke China.
Malindo Air juga akan terus memantau situasi serta menyediakan segala maklumat kepada krew serta pihak berkuasa China, manakala semua penumpang dari wilayah Hubei disarankan menunjuk sijil kesihatan sebelum berlepas menaiki pesawat.
Malindo Air juga akan terus memantau situasi serta menyediakan segala maklumat kepada krew serta pihak berkuasa China, manakala semua penumpang dari wilayah Hubei disarankan menunjuk sijil kesihatan sebelum berlepas menaiki pesawat.
"Penumpang yang didapati tidak sihat, tidak akan dibenarkan berlepas," kata kenyataan itu lagi.
Syarikat penerbangan itu turut menggesa penumpang yang mahukan maklumat lanjut mengenai jadual penerbangan mereka untuk berhubung Bahagian Perhubungan Pelanggan Malindo Air.
0 Comments