SEORANG warga emas meninggal dunia dipercayai ketika sedang memasak.
Mangsa dikenali sebagai Eddie Haron dijumpai dalam keadaan terperosok di bawah kabinet dapur di bilik sewa tingkat dua di Jalan Maju dekat Sibu, Sarawak semalam.
![]() |
Eddie Haron |
Borneo Post dalam laporannya berkata, saksi melihat kepulan asap dari bahagian dapur si mati yang kemudiannya mendapatkan bantuan.
"Saksi itu mendapati asap tersebut datang dari arah dapur gas di mana sebelum itu si mati dipercayai sedang mengoreng ayam, dan terus menghubungi ambulans dan pihak polis, " tambah sumber polis.
Difahamkan, mangsa tinggal seorang diri dan pemeriksaan di sekitar bilik sewa mangsa mendapati tiada kesan pecah masuk dan tiada barang yang hilang semasa kejadian.
Siasatan juga mendapati tiada kesan kecederaan pada mangsa semasa pemeriksaan awal dijalankan.
"Punca kematian tidak diketahui, tetapi daripada buku rekod pesakit yang dikeluarkan oleh Klinik Oya, Sibu menunjukkan mangsa mengalami pelbagai penyakit termasuk sakit jantung," kata laporan itu lagi.
Sehubungan itu, Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai si mati ataupun waris diminta menghubungi pihak polis di Balai Polis CPS Sentral Sibu atau menghubungi AIO Sjn Dzulkiflee di talian 014-385 5778.
Alamat terakhir berdasarkan dokumen peribadi mendapati mangsa berasal dari Kampung Gita, Kuching.
0 Comments