MALAYSIA mendapat penambahan 1,400 kouta haji bagi tahun ini (1441 Hijrah).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, berbanding 30,200 jemaah tahun lepas, kota haji untuk tahun ini meningkat kepada 31,600 orang.
Jelasnya, penambahan itu dicapai hasil rundingan kerajaan Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerajaan Arab Saudi seiring dengan peningkatan populasi penduduk negara ini.
“Kita diberikan kuota 30,200 jemaah berpandukan 0.01 peratus penduduk yang diambil populasi kita yang tidak dikemas kini (iaitu populasi 30 juta) tetapi mengikut versi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2017, penduduk Malaysia telah meningkat iaitu 31,600,000.
“… kerana keputusan OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam) yang menyatakan setiap negara dapat (kuota haji) 0.01 peratus daripada populasi penduduknya maka kita memaklumkan peningkatan mengikut statistik (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) terbaharu itu,” katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba di tanah dari dari Riyadh.
Mujahid sebelumnya berada tiga hari di Arab Saudi sejak Ahad, mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Mohammad Saleh bin Taher Benten di Makkah.
Beberapa isu termasuk hal ehwal pengurusan dan persiapan jemaah haji dari Malaysia bagi musim haji 1441H diperbincangkan.
0 Comments