Influenza: seberapa teruk penularannya?


TIADA kes membabitkan wabak influenza (ILI) di Kedah dan Terengganu buat masa ini.

Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, buat masa ini kerajaan negeri mengambil langkah pemantauan dan mengharapkan rakyat sentiasa memastikan penjagaan kesihatan dipertingkatkan.

Tambah Dr Ismail lagi, rakyat di negeri itu akan diberi notifikasisekiranya ia menjadi wabak dalam kalangan masyarakat.

“Tak serius tetapi penjagaan perlu diambil sepanjang masa. Kita menasihati masyarakat berjaga-jaga sekiranya dijangkiti batuk, demam dan selesema kerana jangkitan diperoleh melalui udara.

"Kalau ada batuk atau selesema, elakkan ke tempat tumpuan ramai,” katanya ketika merasmikan Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Paip Alternatif 201

Sementara itu di Terengganu juga tiada rekod penularan wabak itu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memantau kes influenza melalui dua kaedah iaitu dengan pengambilan sampel di klinik sentinel dan memantau survelan kes di semua klinik kesihatan dan hospital.

"Berdasarkan pemantauan survelan kes ILI di semua klinik kesihatan dan hospital di Terengganu, didapati belum ada wabak sebegitu hingga memerlukan sekolah mahupun taska ditutup," katanya.

Sebelum ini, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang merekodkan 10 kluster penyakit seperti influenza (ILI) dengan seramai 62 individu dijangkiti influenza dalam kluster itu sejak 29 Disember lalu hingga jam 12 tengah hari semalam.

Pulau Pinang, S'gor dan Perak

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang, Dr Asmayani Khalib, berkata data itu diperoleh berdasarkan pengawasan yang dijalankan pihaknya di klinik sentinel terpilih di seluruh negeri itu.
Manakala di Selangor, Jabatan Kesihatan Negeri memaklumkan dua kejadian wabak influenza A berlaku di Cyberjaya dan Klang dengan 22 orang terkesan.

Walaupun terdapat kes influenza di laporkan di Perak sebelum ini,  Jabatan Pendidikan Perak masih belum menerima sebarang laporan mencemaskan berkaitan jangkitan influenza A di sekolah-sekolah negeri ini.|

Exco Pendidikan, Sains,Teknologi dan Alam Sekitar, Dr Abdul Aziz Bari berkata, keadaan adalah terkawal namun pihaknya tetap meneliti perkembangan terkini wabak itu bagi mengelak penularan dalam kalangan murid.

Sebagai rekod, influenza bermusim adalah jangkitan saluran pernafasan biasa yang disebabkan oleh virus influenza bermusim seperti Influenza A, Influenza B, berbeza dengan selesema burung (avian influenza) dan pandemic influenza.

Post a Comment

0 Comments