Influenza: kes meningkat di Pulau Pinang


JUMLAH pelajar yang dijangkiti dijangkiti virus Influenza A di Pulau Pinang dilapor meningkat ke 53 kes pada Khamis berbanding 19 kes hari sebelumnya.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Abdul Rashid Abdul Samad, peningkatan jumlah terbaru itu membabitkan 45 murid sekolah rendah dan sembilan pelajar sekolah menengah di negeri itu.

Abdul Rashid berkata, ia melibatkan 17 buah sekolah rendah dan tujuh buah sekolah menengah dengan daerah Seberang Perai Utara mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 27 kes.

Bagaimanapun jelasnya,tiada sekolah mahupun kelas terbaru yang ditutup susulan peningkatan kes itu.

"Kita dapati kes meningkat ke 53 kes di seluruh Pulau Pinang dan pecahan di sebelah utara 27 pelajar, di Seberang Perai Tengah ada enam, timur laut ada 10, barat daya (2) dan di Seberang Perai Selatan ada lapan kes telah didiagnos oleh Pejabat Kesihatan Daerah," katanya di pejabat JPN di George Town.

Sebagai rekod, JPN sebelum ini menutup dua kelas Tahun 2 di Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina (SJKC) Li Hwa, Butterworth, selama 11 hari.

Sementara itu, Abdul Rashid menasihatkan guru dan murid yang mempunyai gejala klinikal seperti batuk, demam, sakit kepala dan sakit tekak dinasihatkan memakai penutup hidung bagi mengelakkan influenza merebak.

Sementara JPN dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri juga telah mengambil langkah proaktif melakukan langkah pencegahan bagi mengelakkan merebaknya virus influenza dengan mengarahkan semua guru dan murid menjaga kebersihan diri masing-masing.
 

Post a Comment

0 Comments