PENCERAMAH terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai UAS dilaporkan telah menceraikan isterinya.
Tribunnews melaporkan hakim mahkamah syariah di Bangkinang meluluskan permohonan cerai Ustaz Abdul Somad, 42 dengan isterinya, Mellya Juniarti, 29, semalam.
Jurucakap mahkamah, Muliyas berkata, Ustaz Abdul Somad mendaftar permohonan untuk menceraikan isterinya sejak 12 Julai 2019.
Pasangan itu yang dilaporkan berkahwin pada 2012. Tiada sebab jelas mengapa kedua-dua pasangan itu bercerai.
Mahkamah membuat keputusan itu dalam prosiding dihadiri peguam yang mewakili kedua-dua mereka.
Sebagai rekod, Ustaz Abdul Somad merupakan pendakwah yang terkenal bukan sahaja di Indonesia, malahan turut di Malaysia kerana kehebatannya berhujah.
Ceramah agamanya kerap kali ditonton di saluran YouTube kerana kefasihannya mengulas sesuatu isu sehingga mampu menarik minat setiap lapis masyarakat mendengar sebaran ilmu agama daripadanya.
0 Comments