DATUK Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaa salah laku seks yang dilempar terhadapnya.
Presiden KEADILAN itu berkata, beliau menyedari dakwaan yang tersebar di media sosial itu setelah dimaklumkan mengenainya namun menegaskan bahawa tarikh dimana beliau didakwa melakukan perbuatan itu sudah jelas membuktikan ia sebagai satu fitnah.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tanpa asas tersebut," katanya dalam kenyataan.
Semalam, seorang individu, Muhammad Yusoff Rawther melalui satu Akuan Bersumpah (SD) bertarikh 19 November tahun ini membuat tuduhan bahawa Anwar membuat gangguan seksual terhadapnya di pada 2 Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun, Anwar dalam kenyataanya hari ini berkata beliau pada tarikh berkenaan sedang sibuk berkempen sempena Pilihan Raya Kecil Port Dickson.
"Pada tarikh yang didakwa, saya sedang giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur dan kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen," tambahnya lagi.
Sementara itu, semakan di laman Facebook menyokong dakwaan Anwar, satu kompilasi video memaparkan aktiviti kempen Anwar sepanjang 2 Oktober telah dimuat naik sehari kemudian.
BACA:Fitnah baru terhadap Anwar usaha terdesak
Dalam perkembangan serupa, Setiausaha sulit Anwar, Shukri Saad difahamkan akan membuat laporan polis berhubung perkara itu manakala peguam Ramkarpal Singh akan menghantar surat tuntutan kepada Yusoff.
Tambah Anwar, permainan politik jahat itu sengaja dirancang pihak tertentu terutama ketika Kongres parti itu bakal diadakan hujung minggu ini.
"Tindakan yang dilakukan ini adalah muslihat menjatuhkan imej saya menjelang Kongres Nasional KEADILAN ke-14 dan proses peralihan kuasa pimpinan negara," katanya lagi.

0 Comments