LIMA anggota pengawal sempadan maut setelah terkena tembakan dilepaskan rakan pasukan mereka.
Memetik laporan AFP, Konstabel Musudul Rehman anggota Indo-Tibetan Border Police (IPBD) melepaskan tembakan ke arah rakannya di Chhattisgarh, sebuah negeri yang lama dilanda serangan pemberontak sayap kiri.
Kesemua yang ditembak terbunuh, manakala Rehman dilapor turut menembak diri sendiri sejurus kejadian tersebut.
“Dia kemudian menembak diri sendiri selepas menembak tujuh anggota,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan ITBP.
Dua anggota yang cedera diterbangkan ke ibu negara, Raipur.
Chhattisgarh adalah antara negeri termiskin di India yang kerap berdepan pemberontakan komunis selama berdekad lama untuk mendapatkan hak tanah dan sumber asli.
Ribuan tentera, pemberontak dan orang awam terbunuh sejak 1960-an. Kerajaan sudah mengerahkan puluhan ribu polis dan komando khas dalam usaha untuk mengekang kumpulan itu.
Kira-kira lebih 300 tentera India membunuh diri dan rentetan insiden yang dikenali sebagai ‘fratricide’ sejak 2016, mendorong inisiatif kerajaan menawarkan khidmat kaunselor, talian bantuan dan yoga, tulis laporan itu.
0 Comments