TINDAKAN seorang pemimpin Umno, Tajuddin Abdul Rahman membuat hinaan terhadap penganut agama lain dianggap memalukan.
Selain tidak mengambarkan sikap ajaran Islam, ia turut menimbulkan rasa tidak senang dikalangan penganut agama lain.
Susulan itu, sepuluh laporan polis telah difailkan terhadap Anggota Parlimen Pasir Salak itu berhubung kenyataan menghina dibuatnya semasa persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.
Di Butterworth, Adun Bagan Dalam, Satees Muniandy, Pemuda DAP dan NGO mendesak pihak polis untuk menyiasat dan bertindak terhadap Tajuddin atas dakwaan menghasut.
"Kami membuat laporan polis ini ke atas Tajuddin, atas tindakannya yang menghina amalan agama Hindu dengan menyamakan abu suci masyarakat Hindu dengan ‘abu mayat Chin Peng’," kata Satees.
Tambahnya,
kenyataan Tajuddin itu boleh dianggap hasutan dan beliau tidak boleh bersembunyi di sebalik kekebalan anggota parlimen.
Ketika berbahas dengan Anggota Parlimen Jelutong RSN Rayer, Tajuddin bertanya sama ada abu suci dipakai Rayer di dahinya adalah abu mendiang Chin Peng.
"Tumpang tanya, itu abu Chin Peng ke?...Saya tak mahu Jelutong dituduh pakai abu Chin Peng dekat dahi."soal Tajuddin.
Tanda putih yang sering dilihat pada dahi Rayer dikenali sebagai 'Vibhuti', iaitu satu simbol suci bagi penganut agama Hindu.
Rayer kemudiannya menuntut Tajuddin menarik balik kenyataan itu yang disifatkan menghina penganut Hindu di Malaysia.

0 Comments