DAERAH Dungun dan Hulu Terengganu kembali dinaiki air petang semalam sehingga menyebabkan beberapa penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Lt Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata, sehingga jam 8 malam tadi sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu dua di Dungun dan sebuah di Hulu Terengganu.
"PPS Dungun melibatkan Dewan Orang Ramai Kampung Minda dan Surau Kampung Besol Lama menempatkan seramai 54 mangsa daripada 19 buah keluarga.
"Manakala sebuah PPS di Kampung Menerong, Hulu Terengganu menempatkan seramai 24 mangsa daripada enam keluarga," katanya.
Selain Dungun dan Hulu Terengganu, banjir gelombang keempat turut dijangka melanda Besut dan Setiu.
Fasa atau gelombang ketiga banjir di Terengganu yang berakhir pada 7 Disember mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi di negeri itu dengan seramai 6,028 penduduk terlibat.
Sementara itu di Kelantan, Seramai 3,983 mangsa melibatkan 1,165 keluarga sudah dipindahkan pada hari kedua gelombang banjir kedua di Kelantan setakat jam 8 pagi ini.
47 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka melibatkan enam jajahan iaitu Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Mas, Kuala Krai dan Pasir Puteh.

0 Comments