PERSETUJUAN untuk menandatangai memorandum persefahaman (MoU) dengan Putrajaya tidak bermakna Pakatan Harapan (HARAPAN) menyertai kerajaan, tegas Ketua Whip blok pembangkang itu, Anthony Loke Siew Fook.
Bekas Menteri Pengangkutan itu menegaskan bahawa HARAPAN akan terus memainkan peranan semak dan imbang dan memastikan kerajaan menjalankan tanggungjawab mereka.
“Ahli-ahli Parlimen HARAPAN tetap duduk di sebelah blok pembangkang dan terus memainkan peranan sebagai ‘check and balance’, terus memantau dan mengkritik sebarang kelemahan kerajaan serta tetap lantang bersuara untuk kepentingan rakyat,” katanya di Facebook.
Persefahaman itu antara lain bertujuan meredakan suhu politik dalam negara yang tidak menentu sejak pertukaran kerajaan melalui 'Langkah Sheraton' selain berusaha menangani pendemik Covid-19 dan ekonomi dengan lebih berkesan melalui penglibatan pembangkang.
Sebagai “balasan” untuk persefahaman itu, kerajaan perlu melaksanakan pelbagai dasar yang membantu rakyat serta membawa pembaharuan dalam sistem pentadbiran negara dan memperkukuhkan institusi Parlimen.
Antaranya mana-mana rang undang-undang (RUU) yang hendak dibawa ke dalam Dewan Rakyat seperti Belanjawan perlu melalui proses rundingan dan dipersetujui secara dasarnya oleh kedua-dua pihak.
Dalam kenyataan bersama malam tadi, perwakilan kedua-dua pihak itu berkata, mereka bersetuju untuk bekerjasama dalam semangat bipartisan untuk mengembalikan kestabilan politik sementara kerajaan mengurus pandemik Covid-19 dan membantu meningkatkan pemulihan ekonomi.
Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik itu akan ditandatangani oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, Pengerusi HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu serta Presiden Upko Wilfred Madius Tangau.
Bekas Menteri Pengangkutan itu menegaskan bahawa HARAPAN akan terus memainkan peranan semak dan imbang dan memastikan kerajaan menjalankan tanggungjawab mereka.
“Ahli-ahli Parlimen HARAPAN tetap duduk di sebelah blok pembangkang dan terus memainkan peranan sebagai ‘check and balance’, terus memantau dan mengkritik sebarang kelemahan kerajaan serta tetap lantang bersuara untuk kepentingan rakyat,” katanya di Facebook.
Persefahaman itu antara lain bertujuan meredakan suhu politik dalam negara yang tidak menentu sejak pertukaran kerajaan melalui 'Langkah Sheraton' selain berusaha menangani pendemik Covid-19 dan ekonomi dengan lebih berkesan melalui penglibatan pembangkang.
Sebagai “balasan” untuk persefahaman itu, kerajaan perlu melaksanakan pelbagai dasar yang membantu rakyat serta membawa pembaharuan dalam sistem pentadbiran negara dan memperkukuhkan institusi Parlimen.
Antaranya mana-mana rang undang-undang (RUU) yang hendak dibawa ke dalam Dewan Rakyat seperti Belanjawan perlu melalui proses rundingan dan dipersetujui secara dasarnya oleh kedua-dua pihak.
Dalam kenyataan bersama malam tadi, perwakilan kedua-dua pihak itu berkata, mereka bersetuju untuk bekerjasama dalam semangat bipartisan untuk mengembalikan kestabilan politik sementara kerajaan mengurus pandemik Covid-19 dan membantu meningkatkan pemulihan ekonomi.
![]() |
MP HARAPAN terus main fungsi 'semak dan imbang' |
0 Comments