RETORIK ‘No Anwar no DAP’ yang dimainkan pemimpin Umno sebelum ini dianggap telah padam dan tidak lagi releven digunakan.
Anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata begitu berikutan muktamadnya memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan pimpinan Naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) dipimpin Anwar Ibrahim yang akan termeterai petang ini.
“Hari ini akan tercatat dalam sejarah kerana krisis “Kerajaan Gagal” menghasilkan natijah baru.
“Memorandum Persafahaman Kerajaan Persekutuan dan HARAPAN” akan ditandatangani.
“Pokoknya momokan retorik “No Anwar No DAP” sudah padam,” kata Puad dalam hantaran ringkas di media sosialnya.
Memorandum yang berisi beberapa butiran pembaharuan sebagai langkah membawa landskap baru politik negara dijadual ditandatangani di Parlimen petang nanti.
Walau bagaimanapun Puad menggesa Umno mendedahkan permintaan khas Majlis Kerja Tertinggi yang mungkin ada permintaan khas kepada Perdana Menteri.
“Mustahil tidak ada. Rakyat dan ahli juga mahu tahu. Boleh dibuat perbandingan,” kata beliau.
Dalam hantaran itu juga, Puad mengakui Anwar yang merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen dan parti DAP berjiwa besar kerana sedia bekerjasama dengan kerajaan untuk meredakan ketegangan politik.
"Walaupun (Anwar) gagal menjadi perdana menteri, tetapi demi masa depan negara dia sedia bekerjasama (dengan kerajaan) untuk meredakan ketegangan politik," katanya dalam hantaran di media sosial pagi ini.
Untuk rekod slogan itu dibangkitkan sesetengah pemimpin Umno ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) diketuai Mahiaddin Md Yasin berdepan ancaman kejatuhan.
![]() |
PM Umno kini bekkerjasama dengan DAP |
"Pokoknya momokan retorik 'No Anwar no DAP' sudah padam. Annuar turut hadir sebagai wakil kerajaan. Tahniah kerana berjiwa besar," katanya merujuk kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Katereh, Annuar Musa.
0 Comments