Polis buru dalang lumur lif dengan najis


PIHAK berkuasa polis kini sedang memburu individu yang melakukan melumurkan najis manusia di dalam sebuah lif di Pangsapuri Taman Medan semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, pihaknya telah menerima laporan mengenai perbuatan vandalisme itu pada jam 10.27 pagi, pada Rabu.

"Suspek dipercayai penduduk flat tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang diteliti.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya dalam satu kenyataan.

Pihak polis juga mengesa orang ramai atau penduduk yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil  membantu siasatan.

Semalam penduduk Blok D Apartment Taman Medan Jaya terkejut apabila satu daripada dua lifnya dilumur najis.

Kejadian itu disedari penduduk kira-kira 8 pagi hari ini ketika penduduk sibuk untuk menjalani rutin harian.

Ketua blok apartment itu, Mohd Zuhdi Mat Saris, 44, berkata, pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) mengambil masa kira-kira sejam untuk membersihkan najis berkenaan.

Menurutnya, mesin pencanai terpaksa digunakan untuk membuka penutup butang lif bagi memastikan boleh bersihkan kotoran najis manusia itu.

Blok D Apartment Taman Medan Jaya mula dihuni sejak 2005 dan mempunyai 16 tingkat dengan 255 unit rumah dan 34 lot kedai membabitkan kira-kira seramai 1,200 penghuni.

Post a Comment

0 Comments