GP Styria: Pol Espargaro intai podium


PELUMBA
Pasukan Red Bull KTM Factory Racing, Pol Espargaro meraih petak utama dalam sesi kelayakan bagi perlumbaan Grand Prix (GP) Styria di Austria.

Pada sesi kelayakan semalam, Espargaro merekodkan 1 minit 32.580 saat sepusingan dihadapan pelumba Takaaki Nakagami yang turut melakar kejutan selepas mencatat masa kedua terpantas dengan pasukan satelit Honda, LCR.

Kejayaan Espargaro, 29, merupakan terbaik sepanjang kariernya dalam MotoGP dan terbaik untuk pasukan berpengkalan bagi pasukan dari Austria itu dalam sesi kelayakan selepas seorang pelumba pasukan itu meraih kejuaraan pertama dalam Grand Prix Republik Czech dua minggu lalu.

Sementara itu, sesi kelayakan semalam menyaksikan Johann Zarco mencatatkan masa ketiga terpantas dibelakang Espargaro dan Nakagami.

Namun pelumba Esponsorama Racing itu tidak akan menyertai Espargaro dan Nakagami di barisan depan sebaliknya bermula dari 'pitlane' susulan hukuman selepas menunggang dengan cara merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan bersama Franco Morbidelli minggu lalu.

Dia kembali menunggang jentera Ducati, selepas tidak menyertai sesi latihan bebas semalam apabila perlu menjalani pembedahan pergelangan tangan disebabkan kemalangan minggu lalu.


Sementara itu dalam saingan kelas Moto2, pelumba rookie Aron Canet (Openbank Aspar Team) merebut kedudukan pole.

Aron Canet raih pole kelas Moto2
Rakan sepasukan pelumba negara, Hafizh Syahrin itu mencatatkan masa 1: 28.787 sesi kelayakan kedua.

Sementara Jorge Martin (Red Bull KTM Ajo) meraih kedudukan kedua di petak permulaan dengan Tetsuta Nagashima yang menunggang bagi pasukan sama di kedudukan ketika.

Menariknya, kedua-dua pelumba yang meraih kedudukan pole bagi kelas MotoGP dan Moto2 dalam perlumbaan hari ini menggunakan nombor yang sama iaitu #44.

 

Post a Comment

0 Comments