Noor Hisham keluar amaran, gesa semua patuh SOP


KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberi amaran penularan Covid-19 setelah lengkung jangkitan wabak itu menunjukkan peningkatan.  

Melalui hantaran di laman Facebooknya pagi ini, Noor Hisham menggesa semua rakyat terus mematuhi SOP ditetapkan bagi meratakan kembali lengkung jangkitan itu.
 
“Kita perlukan sifat tanggungjawab sosial dan pematuhan menyeluruh untuk ratakan lengkung lagi,” katanya.

Dia mengulas demikian selepas trend penurunan nilai kebolehjangkitan (RT) atau R-naught (R0) mencecah 1.00 semalam setelah berada di sekitar 0.87 sejak awal bulan Mac.

Memetik laporan Malaysiakini, kali terakhir R0 mencecah 1.0 ke atas adalah pada 4 Feb, iaitu 1.09.

R-naught 1.0 menunjukkan bahawa wabak itu tidak meningkat atau menyusut, dan ini bermaksud kes mula menurun.

Menerusi model yang ditunjukkan Noor Hisham, negara akan melaporkan jumlah kes harian kurang dari 1,000 pada pertengahan April jika R-naught cecah 0.8 kerana pematuhan SOP.

Noor Hisham gesa semua pihak patuh SOP
Bagaimanapun, jika R-naught meningkat sehingga 1.2, jumlah harian kes Covid-19 boleh mencecah 2,000 sehari.

Dalam enam hari terakhir difahamkan jumlah kes baru juga mengatasi jumlah pesakit pulih sebanyak empat kali, yang menyebabkan peningkatan kes aktif.

Post a Comment

0 Comments