SEORANG Ahli Parlimen mempersoal tindak tanduk Tun Dr Mahathir Mohammad yang semakin galak mengasak dan menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Hassan Abdul Karim dalam satu tulisannya yang disiar Malaysiakini bertanyakan apakah dosa Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu kepada Mahathir.
"Apakah dosa Anwar Ibrahim kepadanya, kita pun tidak mengerti.
"Seperti modus operandi lama yang digunapakai, maka isu sentimen Melayu sekali lagi digunakan. Kali ini terlibat dalam usaha mengadakan pertemuan yang dipanggil Perhimpunan Proklamasi Melayu.
"Setiap kali tokoh ini tersisih dari arus politik negara, dia akan menggunakan kartu atau kad kaum untuk dia kekal relevan," kata Ahli Parlimen Pasir gudang itu.
Sebelum ini media melaporkan Mahathir bakal hadir ke satu perhimpunan anjuran Sekretariat Tanah Air yang kononnya bagi membincangkan isu-isu berkaitan masyarakat Melayu.
Pada sidang media 4 Mac lalu, Mahathir mula kembali menjaja isu kaum dengan berkata kaum Melayu akan hilang kuasa sepenuhnya di negara ini selepas dua kali Pilihan Raya Umum (PRU)
"Saya ingin bertanya kepadanya. Dia telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun kali pertama. Apa yang dia telah buat untuk orang Melayu biasa, kecuali kapitalis-kapitalis kroni anak pinak dan para sahabat sendiri.
"Pada tahun 2018, dia telah diberi peluang menjadi perdana menteri selama 22 bulan. Kenapa tidak dibuat segala dasar dan program untuk membela nasib orang Melayu?... Kenapa sekarang hendak bercakap membela nasib orang Melayu?' soal Hassan.
Beliau turut menegaskan sejak Anwar dilantik mengetuai pentadbiran negara ini, tiada satu pun kepentingan orang Melayu telah tergadai.
"Mana kepentingan orang Melayu yang telah digadai oleh Anwar? Jawapannya Tiada.
"Mana hak-hak orang Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan telah dikompromi oleh Anwar Ibrahim? Juga jawapannya Tiada," tegas Hassan sambil mengingatkan veteran politik itu agar tidak bermain bermain 'api' yang akibatnya akan membakar negara sendiri.

Apa dosa Anwar terhadap Mahathir? |

0 Comments