KPM cadang program khas perkasa pendidikan awal


KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) merancang untuk menawarkan program khas diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, program khas itu akan dijalankan melalui Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institut Pendidikan Tinggi Awam

Ia jelasnya lagi sebagai salah satu usaha  untuk menyokong kepada peningkatan guru tadika swasta untuk memiliki kelayakan akademik minimum itu.

Menurutnya, kementerian mengambil maklum laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina pada 15 Disember lepas berhubung kerisauan pengusaha tadika swasta berhubung penetapan kelayakan akademik minimum untuk guru sekolah.

"Walau bagaimanapun, KPM mengambil maklum akan sejumlah besar guru yang sedang berkhidmat di tadika swasta yang masih belum memiliki kelayakan akademik minimum ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi tujuan tersebut, beliau berkata, guru berkenaan digalak meningkatkan kelayakan akademik minimum secara berperingkat, manakala bermula 2020, pengusaha tadika swasta digalak mempertimbangkan pengambilan guru baharu dalam kalangan mereka yang memenuhi syarat kelayakan akademik minimum ditetapkan itu.

Pada 2016, jemaah menteri menetapkan kelayakan akademik minimum sekurang-kurangnya diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak bagi guru prasekolah di Malaysia berkuat kuasa pada 2020, yang terpakai kepada semua guru program prasekolah termasuk di tadika swasta. 

Post a Comment

0 Comments