Terima kasih abang bas!



TINDAKAN pemandu bas yang membantu seorang penunggang motosikal yang berdepan kesulitan dalam hujan mendapat pujian warganet.

Melalui satu video berdurasi 26 saat yang dimuat naik seorang pengguna Twitter, pemandu bas Rapid KL yang dikenali dengan nama Sharifudin dilihat mempelawa penunggang terbabit menaiki bas dengan membawa motosikalnya.

Difahamkan, penunggang motosikal yang berada dalam keadaan kuyup itu sebelumnya berdepan masalah motosikal sebelum dibantu pemandu bas tersebut.

Berdasarkan ciapan dimuat naik pengguna Twitter dikenali fieza pinky, kejadian itu berlaku berhampiran Plaza Tol Sunway, Petaling Jaya, Selangor ketika hujan lebat.

“Hari ini, pertama kali aku tengok pemandu bas @MyRapidKL tolong seorang abang ini kebasahan motor (motosikal) rosak. Motor dalam bas. Situasi lepas Tol Sunway, hujan lebat. Terbaiklah abang bas.

“Ketika sampai di lokasi, abang bas berhentikan betul-betul depan kedai motosikal tanpa meminta sebarang bayaran. @MyRapidKL, kalau tak silap saya namanya Sharifuddin,” tulisnya di Twitter.

Video tersebut juga tular di laman facebook dan mendapat pujian ramai orang.

Bukan setakat memuji, malah warganet turut meminta jasa baik pihak pengurusan Rapid KL supaya tidak mengambil tindakan terhadap pemandu bas berkenaan.

 

Post a Comment

0 Comments