TINDAKAN Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang dilihat semakin melampau dalam mengkritik pemimpin tertinggi KEADILAN telah membangkitkan rasa kurang senang di kalangan pendokong parti itu.
Terbahru, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Negeri Selangor mendesak agar Zuraida diambil tindakan pecat dari parti.
Pengarah Komunikasi AMK negeri, Mohd Khairool Ngadon, berkata parti itu sudah banyak berkompromi dengan Zuraida, namun kinu tiba masanya tindakan tegas diambil terhadap Naib Presiden KEADILAN itu.
“KEADILAN tidak perlu lagi berkompromi dengan tingkah laku jelek dan biadap ditunjukkan Zuraida.
“Kami tidak dapat menerima tindakan Zuraida yang keterlaluan menghina peribadi presiden dan beberapa pimpinan parti, termasuk memperlekeh pimpinan muda parti.
“Malah, sikap Zuraida juga secara jelas menjejaskan imej KEADILAN di mata umum,” kata AMK menerusi kenyataan media.
Media sebelum ini melaporkan penganjuran majlis makan malam yang dihadiri penyokong Mohamed Azmin Ali di sebuah hotel di Kuala Lumpur, majlis itu dilihat menjadi pentas menyerang dan mengganyang Presiden mereka sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada majlis makan malam itu, Zuraida dilaporkan lantang mencaci dan menghina beberapa pemimpin KEADILAN termasuk Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi MPN Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
Sedia disingkir
Selain itu, beberapa pemimpin kanan PKR lain turut memburukkan Anwar pada majlis makan malam dianjurkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Sebelum ini, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sebelum ini juga turut menggesa Zuraida wajar dikenakan tindakan disiplin kerana mengeluarkan kenyataan menghina pemimpin tertinggi parti.
Beliau berkata, serangan Zuraida terhadap keperibadian Fahmi dan Farhash sangat mendukacitakan serta tidak menunjukkan perilaku selayaknya sebagai seorang menteri Kabinet.
Zuraida pada majlis itu turut membuat kenyataan mencabar dengan mendawa dirinya dan Azmin tidak takut sekiranya dipecat dari KEADILAN.
Sesetengah pihak berpandangan tindakan keterlaluan mereka sebagai satu cara untuk memastikan mereka disingkir dari parti itu yang kemudiannya digunakan bagi meraih sokongan politik umum.
0 Comments