KEADILAN buat laporan SRM terhadap Abdul Latiff hari ini


KEADILAN akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Latiff Ahmad hari ini.

Pengarah Strategik parti itu, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, laporan tersebut akan dibuat di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 11 pagi bagi menuntut siasatan dilakukan terhadap Ahli Parlimen yang dipercayai terlibat dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS) itu.

“Nama Ahli Parlimen Mersing itu dinyatakan terkait menerusi Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen dan juga Laporan Pengauditan Forensik baru-baru ini.

“Justeru, laporan SPRM yang akan dibuat itu tertumpu kepada kesalahan-kesalahan rasuah berdasarkan Seksyen 16, Seksyen 17(a), Seksyen 17(b), Seksyen 18 serta Seksyen 23 di bawah Akta SPRM 2009 yang membolehkan suruhanjaya berkenaan menjalankan siasatan.” katanya dalam kenyataan.

Laporan itu juga tegasnya bagi mendesak supaya SPRM mendedahkan pengiystiharan harta yang dibuat oleh Latiff sebelum beliau mengangkat sumpah sebagai menteri.

Dalam kenyataannya juga, Akmal berkata kes penyelewengan dana pertahanan itu tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja tanpa individu bertanggungjawab didakwa.

Siasatan juga menurutnya penting bagi membongkar hal sebenar yang berlaku di sebalik isu kapal LCS tersebut.

“Apa yang akan terjadi seterusnya jika kita tidak melawan penyelewengan skandal LCS?

“Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli sendiri tawarkan kepada menteri Perikatan Nasional (PN) tersebut untuk saman beliau, namun sehingga kini masih mengelak. Adakah skandal LCS akan berlalu begitu sahaja tanpa ada jerung yang dapat ditangkap?” soalnya.

Isu sebenar di sebalik skandal perlu dibongkar
Selasa lalu, pegawai Latiff membuat laporan polis terhadap Rafizi yang disifatkan fitnah bertujuan merosakkan nama baik menteri itu apabila Rafizi mengaitkan Abdul Latiff dengan seorang wanita bernama Zainab Mohd. Salleh.

Pihak polis kemudian merampas satu unit telefon bimbit milik Rafizi untuk siasatan lanjut.

BACA: I
dentiti Zainab terjawab sendiri jika skandal LCS disiasat


Rafizi ketika bercakap kepada media menegaskan bahawa dakwannya itu berdasarkan laporan siasatan dalaman projek LCS pada muka surat 96, perenggan 3.16.13.2 juga secara jelas menyebut wanita itu adalah isteri kepada Abd. Latiff.

Malah menurutnya, identiti sebenar Zainab akan terjawab dengan sendirinya jika pihak berkuasa sekiranya skandal itu disiasat habis-habisan.

Post a Comment

0 Comments